PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR & GURU-GURU SMTU'86 (2nd RE-UNION) - 4-JUN-2011. DI GOODHOPE HOTEL JOHOR BAHRU BERSAMA TETAMU KEHORMAT PN.HJH.ASMAH & PN.HJH.NAEMAS.

Friday, February 25, 2011

EX-TEACHER OF SMTU 1986

PENDIDIK @ GURU-GURU SMTU 1986 :  "JASAMU DIKENANG"

Thursday, February 24, 2011

Kata-kata Aluan Ketua Pengawas

Mukadimah dari Ketua Pengawas SMTU 1986 - Mohamed Azahari Bin Jantan - 5 Utarid

Wednesday, February 23, 2011

Ketua Pengarang SMTU 1986

'Suzana Yusof' - dimanakah beliau sekarang ?

Tuesday, February 22, 2011

"Tekun Usaha Jaya" song

Setiap minggu lagu ini akan dinyanyikan ketika perhimpunan sehingga semua warga sekolah menghafalnya. Tapi kini adakah diantara kita masih ingat untuk menyanyikan nya semula tanpa melihat lirik atau note taugeh seperti dalam teks diatas.
Tahukan anda bahawa lagu baru juga telah digubah menggantikan lagu diatas buat masa kini bagi generasi baru SMKTU.
Apa komen anda?

Monday, February 21, 2011

SUARA TAJ 1986

Masih ingatkah anda, masa bayar yuran tingkatan 5 kita disyaratkan buat bayaran untuk majalah sekolah,jadi semua pelajar pasti akan memilikinya....tapi adakah kita masih menyimpanya hingga sekarang?
Syukur alhamdulillah, masih ada satu lagi yang terpelihara didalam simpanan yang kini menjadi bahan rujukan dan memori kita semua.
Majalah ini diterbitkan pada 1986 dengan nama 'SUARA TAJ 1986'
Apakah isi kandungannya?
tungguuuu.......

Monday, February 14, 2011

Friday, February 11, 2011

SMTU '86 (5 ZUHAL)

5 ZUHAL !!! Kelas ni lagi ramai yang popular.....sila teka siapa & dimana mereka? macama biasa...comment anda...?

Thursday, February 10, 2011

SMTU 1986 (5 WARUNA)

Anda masih ingat?  Siapakah mereka?  Dimanakah mereka?
Luahkannya diruangan komen....

Saturday, February 5, 2011

Info. "LENCANA" sekolah

Logo sekolah mengandungi dua jenis bentuk tertentu iaitu bentuk perisai dan pita di bahagian bawahnya.  Perisai melambangkan satu institusi pengajian di bawah naungan Akta Pelajaran Malaysia.   Di bahagian atas perisai terdapat bumbung rumah Melayu melambangkan aliran kebangsaan.
Perisai dibahagikan kepada empat bahagian, melambangkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu Taming Sari, Sundang, Sempena Riau dan Majapahit.
Huruf-huruf jawi yang bersilangkait ‘Ta’, ‘Alif’ dan ‘Jim’ adalah huruf pangkal Tasek Utara Johor juga tulisan Tekun, Usaha, Jaya.  Di bahagian bawah perisai terdapat bentuk Tasek sebagai latar belakang kepada perkataan Utara.
WARNA SEKOLAH
Kuning keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai Yang Di-Pertuan dan Penaung rakyat serta Ketua Hal Ehwal Agama.
Biru (turquoise) melambangkan taat dan setia rakyat kepada Sultan dan Negeri.
Logo sekolah adalah hasil ciptaan En. Mohd. Salleh bin Mohamad dari pejabat arkitek, Jabatan Kerja Raya Johor dan mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1972 semasa pengetua Tn. Sheikh Abdullah bin Abd. Rahman.
Semoga info. ini menambahkan lagi ingatan anda terhadap sekolah Tasek Utara.