PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR & GURU-GURU SMTU'86 (2nd RE-UNION) - 4-JUN-2011. DI GOODHOPE HOTEL JOHOR BAHRU BERSAMA TETAMU KEHORMAT PN.HJH.ASMAH & PN.HJH.NAEMAS.

Saturday, February 5, 2011

Info. "LENCANA" sekolah

Logo sekolah mengandungi dua jenis bentuk tertentu iaitu bentuk perisai dan pita di bahagian bawahnya.  Perisai melambangkan satu institusi pengajian di bawah naungan Akta Pelajaran Malaysia.   Di bahagian atas perisai terdapat bumbung rumah Melayu melambangkan aliran kebangsaan.
Perisai dibahagikan kepada empat bahagian, melambangkan empat buah pasukan rumah sukan iaitu Taming Sari, Sundang, Sempena Riau dan Majapahit.
Huruf-huruf jawi yang bersilangkait ‘Ta’, ‘Alif’ dan ‘Jim’ adalah huruf pangkal Tasek Utara Johor juga tulisan Tekun, Usaha, Jaya.  Di bahagian bawah perisai terdapat bentuk Tasek sebagai latar belakang kepada perkataan Utara.
WARNA SEKOLAH
Kuning keemasan melambangkan kemuliaan darjah-darjah kebesaran Sultan yang berdaulat sebagai Yang Di-Pertuan dan Penaung rakyat serta Ketua Hal Ehwal Agama.
Biru (turquoise) melambangkan taat dan setia rakyat kepada Sultan dan Negeri.
Logo sekolah adalah hasil ciptaan En. Mohd. Salleh bin Mohamad dari pejabat arkitek, Jabatan Kerja Raya Johor dan mula diperkenalkan di sekolah pada tahun 1972 semasa pengetua Tn. Sheikh Abdullah bin Abd. Rahman.
Semoga info. ini menambahkan lagi ingatan anda terhadap sekolah Tasek Utara.


2 comments: